Assalamualaikum...
Hari ni aku terasa balik nak update blogdrive aku ni...ya lah dah lama tak update..bukan apa malas...hihihihi..
Tapi aku rasa kali ni aku lebih berkeyakinan..untuk menulis dlm blogdrive ni..insyallah kalau x ada apa......aku akan sentiasa menulis disini..
Oklah untuk permulaan untuk malam ini..aku rasa tak ada apa yg nak tulis..cuma aku nak cerita tentang family aku terutama anak kecil aku iaitu si nabila...skrg ni dia dah berumur 1 tahun 5 bulan...hobi dia skrg ni suka memanjat jer..anak kedua aku pula si amiera macam biasa biasa masih bersekolah Tadika Pasti Islam Sg.Sekamat..tahun depan dia darjah satu..tapi perangai manja giler..degil usah cerita ler..kadang2 kalah pula sinabila tu..manjanya..
Manakala anak aku yg sulong si Kak Long tahun depan darjah empat..kesian dia ni kena menjaga kerenah adik-adiknya..apa-apa pun anak sulong biasa ler...
Isteri aku pulak macam biasa skrg ni dah nak gred DG32 alhamdulliah...ada ler rezeki lebih sikit kerajaan bagi...lepas tu pulak dapat APC mencurah-curah rezekinya....masa dia naik gredDG 32 dia dapat back date selama 1 tahun lebih..dapat ler dia beli rantai dah gelang..
aku pula macam biasa masih bekerja dgn TM...allamdulliah aku pun skg ni dah dinaikan pangkat..mungkin rezeki anak-anak kami berdua di naikan pangkat..
oklah cukuplah setakat ini...mungkin besok aku akan ke Kelantan untuk Porjek New Voice Mail Service...Roll out kawasan Timur..itu pun bergantung pada data customer yg marketing bagi..kalau data salah mungkin post pone lagi projek ni..
Posted at 11:58 pm by zalie
Nabila dapat rantai weiiii!!!
hari ni pagi-pagi wife aku kejut suruh mandi awal-awal sebab nak gi beli rantai untuk nabila.....kak long dan amy semalam lagi dah gi dok kat rumah mak jang mereka kat bertam...so relex ler aku..hihihi
so lepas serapan aku dan isteri sertta mak mertua aku..yg pakar dlm hal barang kemas ni pergi ler ke pekan kepala Batas..rupa-rupanya kedai mas tu bukak jam 11:30 pagi..akhirnya mak mertua aku ajak pergi ker permatang bendahari..ke main brunch kedai mas tadi....
jam 12:00 aku ada kat kedai mas Permatang bendahari....belik punya belik...sampai kat jam 2 petang baru selesai..akhirnya nabila dapat rantai dan gelang..rantai kaki tak ada yg sesuai....wife aku cakap nanti tengok kat KL...dlm pada masa tu abnag ipar aku dari alor setar pun call dai nak gi kedai mas yg sama juga..so tunggu ler...lagi pun dia ada kirim barang dari aku..iaitu portable hard drive 40 G yg aku beli lay low yatt dgn harga Rm260.
perut aku dah lapar..akhirnya pekana bihun sop kat hujung muara permatang bendahri tu...power betul bihun sopnya....so masa tangah makan abag ipar aku ajak gi ronda-ronda pulau pinang besok..aku cakap tak larat sebab anak kecik....bincang punya bincang aku setuju gi tapi setakat gi Bukit bendera jer..lepas tu kami sekluarga dan belah..sebab abg ipar aku ajak gi lak masjid terapung lak...
pataang tu jam 6 aku gi ambik kak long dan amy kat rumah mak jang..so makan malam sekali kat sana...
so esok aku akan gi jln-jln kat bukit bendera lagi pun anak-anak aku tak biasa lagi nak keretapi bukit....hihhihihi
Posted at 07:24 pm by zalie
Betolak ke Kepala Batas ..P.Pinang
Lepas jer serapan yg mak aku buat...nasi ayam dan bihun..lebih kurang kul 11:00 pagi aku pun bertolak ker rumah mak mertua aku di Kepala Batas...
dlm perjalanan macam biasa singgah kat hentian sebelum taiping tu..apa ker namanya dah lupa..so apa lagi kat situ kat banyak buah..so makan buah ker dulu..bagi ilang mangantuk...so anak-anak aku beli sorang sebungkus..keculi si nabila....hihiihi..
sampai kat penang kul 1 lebih tapi tak terus balik kampung aku..dan wife gi singgah carrfour sebarang Jaya g makan kat situ...lepas makan sempat window2 shopping dulu..lagi pun kalau balik awal kat umah mertua aku mereka tak masak sebab hari ni banyak kenduri dlm Kampung.....
target balik kampung kali ni untuk makan jer..sebab shopping dah puas kat KL..so apa lagi..makan jer..hihihi...
senarai nak makan - chiken chop grill ni favorite kak long,bihun sup, pasembur.....dan yg paling istemewa nasi daging pak metua aku buat....kalau menantu dia balik sure dia buat punya..
besok tak ada apa-apa aktiviti cuma wife aku sibuk ajak beli rantai tangan+kaki+tenguk...untuk si nabila...baru lima bulan nak berantai budak tu..apa boleh buat dah minat wife aku macam tu...
Posted at 07:13 pm by zalie
Bersiap nak balik Kampungg
Sempena cuti sekolah ni..aku dan famliy macam biasa balik..kampung.....lepas jer makam tengah hari aku dan family chowww!! balik kampung..
jam 4:00 petang aku tiba kat umah mak aku diipoh....so macam biasa ler malam jer kami sekeluarga gi makan siam.....kebetulan hari tu adikmaku ayu ada disana..dia dah siap beli ikan siakap 3 ekor untuk dimasak....
so tak ada apa-apa aktiviti lepas tu...balik ..sebab esok aku nak travelling ke Penang...balik Kg.Umah wife aku lak...
Posted at 06:55 pm by zalie
Seminar Internat Security
Assalamualaikum..
Hari ni aku telah menghadiri seminar Internat Security di Malia Hatel dekat Bukit bintang bersama hacker Desmond Alexander....
Ok juga maklumat-maklumat yg diberi...hari tu juga dia ajar aku hack Bank Negara indonesia dan Bursa Malaysia...nampak macam senang jer..tapi memerlukan kepakaran tertentu....aku juga di ajar cara-cara tengok user yg online secara real time dan crack D-Link serta tengok user punya indititi...disamping itu juga car-cara bagaimana hendak trace email....
esok aku akan sambung lagi...sebelum balik aku terpaksa mentandatagni surat akuan bahawa tidak menggunkan apa yg dipelajari untuk buat entah apa-apa..dan kalau ada apa-apa tak boleh claim pihak mereka..
seminar ini 2 hari sahaja iaitu hari ni dan esok....dan kursus untuk 5 hari akan diadakan tidak lama lagi..aku harap aku akan dapat menghadiri kursus tersebut.
akhir nya aku dapat cenderamata iaitu satu pen drive 512 M dan Portabal Hard Disk 30G untuk dibawa balik..
Posted at 01:04 am by zalie